Saturday, November 19, 2011

League of Legends

LoL adalah sebuah game Moba yang sama jenis macam DotA , HoN dan genre lain. Kalau korang bangang main DotA, maka sama lah bangang nya juga korang bila main LoL dan HoN. Tp biar bangang main dari jadi leaver game. Dikatakan game LoL atau League of Legends ni dah mengalahkan WoW dari segi aktif players. LoL dah mencapai 11mil aktif players manakala WoW baru mencapai 10.3 mil players yang aktif. Nampak nya sekarang game yang graphic bangang tahap cipan ni dah jadi lebih masyhur dari game legend WoW. Apakah sebabnya? Berikut adalah infographic yang diperoleh dari sumber website LoL. Layan..




Friday, November 18, 2011

Game yang aku recommend untuk Android

Yosh.. apa kabaran anda sekalian.

Aku baru ni dah angkat henpon baru.. my 1st android smart phone.. tak mampu masa mula2 masa orang dok hype pasal henpon ni.. so, this is my self given birthday present ( terasa forever alone plak)

Cam biasa la dapat barang baru aku, kompem kena godam ja, tak sampai sehari.. memang jenis suka push gadget aku to the limit. Voiding warranty is my trade mark lol.

Ok, ni ada beberapa game (free!) yang aku test dari android market, kot2 korang berminat, aku cerita sket:

Drag Racing



Ini game comfirm terasa macam Need for Speed Underground/ Underground 2.
Cuma kena timing shift kt RPM bila indicator blinking. Tapi kena la kena avoid traffic btol2 macam NFS, basic mechanic dia ada.



Another strong point is the customization. Yang ni buat game ni progressive ngan rewarding. Mula2 noob ja kereta.. lepas tu leh masuk enjin, upgrade turbo.. masa dok main leh dengar waste gate dok tembak masa shift gear.. rancak beb.

Ni ada video review:



Ni yang ada sound, video gameplay..kimak videos atas ni takder bunyi..



So, kepada yang berminat nak try.. leh download kat android market DI SINI


2nd game is 2D retro action-RPG macam zelda, DESTINIA
Aku pun baru dok start main semalam, tapi leh layan gak la.. jalan2.. swing pedang, ( ada char lain macam thieve, gunner) terasa cam Ragnork online pun ada.



Graphic nice.. ada watak animes yang kiut dan big boobeh.. layan..main pun tak lag ( nkorang tak tau la, henpon aku memang imba pasal dah go over clock)


Skill leh upgrade.. ada crafting lagi.. nak wat weapon armor... kira complete la..PVP pun ada..lol





So, kalau nak try.. gi download kat SINI

Oh, sebagai bonus..tengok dia punya youtube video kat bawah..kang korang cakap game ni macam game kartij 9999 in 1 kat pasar malam lak.

Wednesday, November 16, 2011

DotA 2 YES!!

Tq my friend Afiq sebab bagi aku beta key invitation ni. Lama gila nk main game ni akhirnya baru dapat main. Aku dapat ni 2 hari lepas, dan sampai hari ni da lebih 20 jam spent hours kat game ni. Gila beb!!
Ni screenshot buat korang leleh jap. heheh

Besok aku update gambar-gambar ngan video dari youtube.. 

Friday, November 11, 2011

Steam Kena Hack?

Ok ini...ini....ini adalah sebuah berita yang menggemparkan! Sebelum ini PS3 network telah di hack dan menyebabkan kerugian berjuta-juta ringgit ke atas SONY dan Playstation Network tutup line network diorang selama beberapa hari. Baru sebentar tadi Steam forum telah di 'deface' (apa eh bahasa melayu nya?) dan telah menyebabkan database di curi oleh hacker. Data dalam database ini termasuk lah username, hashed and salted passwords, pembelian games, emails, alamat, dan informasi kredit kad. Jika anda mempunyai akaun forum steam , anda wajar mengubah password anda sekarang! Ini screenshot baru ambil jap tadi, untuk tatapan kau orang. Itu hari Playstation network, ari ni Steam, besok apa pulak?


PS / Tak sure lepas ni nak beli Dota2 kat Steam =/

Disable Facebook Timeline

Baru-baru ni facebook ada buat banyak upgrade user profile dan macam-macam features baru, masing-masing ada yang digemari dan ada yang kurang digemari, dan antara upgrade major yang facebook buat, adalah Facebook Timeline. Kalau korang adalah salah sorang yg buat upgrade dari post aku itu hari, dan ingin kembali pada facebook yang asal.. then let me show you how.



Facebook Timeline ni sebenarnya adalah untuk developer sahaja, dan anda mungkin adalah salah seorang yang ingin mencuba Facebook Timeline dan menjadi 'developer palsu'. Relax, kalau korang masih ingat lagi proses yang korang buat hari tu untuk tukar jadi Timeline, korang mesti akan nampak link utk enable feature Facebook Timeline kat profile korang, dan boleh activate, dan kekal jadi Timeline sampai sekarang.

Malangnya, Facebook ni tak bagi option button untuk revert balik dari profile yang baru kepada yang lama. Tapi bila sampai masa nya nanti, semua orang akan menggunakan facebook timeline ni balik. Sampai masa tu, korang tak bole revert fb lama balik dah.

Anyway enough for the bullshit and now step untuk revert back to old Facebook. Ok simple as that, korang kena go balik Facebook Developer nye page, then korang just simply delete application yang korang create haritu (untuk claim korang jadi fake developer-dan pakai timeline). Just type Developer dalam search box korang. Option nak delete apps ni ada kat belah kiri page, bila korang dah delete apps korang, korang akan nampak Welcome to the Developer App kat screen, which means korang da setel. Now balik kat profile facebook kroang dan semuanya dah kembali seperti sedia kala. Simple as that. Got questions? Write on below :) Now spends 1 sec to like this post and i will appreciate it. TQ

Thursday, November 10, 2011

WoW, kenangan dulu menusuk kalbu.

Malam ni aku saja2 la dok tengok account youtube aku.. terjumpak la pulak.. video masa muda2 main WoW, rajin wat video lagi.... youtube tak delete lagi rupanya..
Camner la aku dulu leh layan raid sampai 3 4 pagi..ni sekarang pukul 11 dah berat gila mata..


Ni masa kita orang gi Hyjal... boss baru lepas repair bug kot..biasa.. private server.


Ni antara battle ground yang aku pergi.. bleh kira sangat la aku PVP, tak reti gaduh ngan orang.. lawan mob bleh.. carebear btol.



Ni last kot, aku punya WoW video, projek tak siap.. berenti suku jalan.. publish jer la.

Why Gaming is Good for You?

This is why gaming is a positive element in LIFE. With that being said, ladies and gentleman, you should proud  :) Kalau korang dah ada anak, anak korang nak main game.. bagi jer. Tp jangan lebih lebih pulak, kalau dah addict / hardcore, tak elok jugak.



Source - Orange-e-sports

Wednesday, November 9, 2011

Zombie Misfit, lagi best dari Zombi Kg. Pisang


Ohaiiiyo, hari ni aku cerita pasai game Zombie, atau Zomba untuk penduduk Kg. Pisang. Zombie ini sebenaq mayat idop, atau animated corpse yang mitos/ntah btol kat Jamaican sana. Game2 berunsur Zombie ni memang tak heran la, banyak di pasaran dan rata2 konsep yang sama.. survival game.

Saja la dalam aku dok boring2 cari game facebook nak main, terjumpak game ni, Zombie Misfit, berkonsep kan tower-defense (baca entry aku sblom ni) tapi yang menarik.. side scrolling platform pulak. Side scrolling adalah genre game 2D macam Super Mario, apa2 pun yang melompat2 dari platform.

[JALAN CERITA]

Start2 main jer, ader tukang cleaner skolah kot (janitor) dok bagi tutorial nak main camner. Yang aku paham, kita di tugaskan defend satu kelab malam/disco kot ada label brain dari dimasuki zomba2 di satu banggunan besar. Just imagine macam shopping kompleks ja.. makcik2 gi serang pasal ada sales kt Parkson 4th floor.
So kita di tugaskan meletak barisan pertahanan di tempat strategik bagi menghalang serangan berperingkat tersebut.

[GAYA PERMAINAN]

Kita di beri 3 arsenal (bukan team bola la mankuk! cam senjata) DEFENDERS, CONTRAPTION, WEAPONS.
DEFENDERS terdiri orang awam yang tampil nak bagi bantuan. The Trooper adalah makcik polis yang pakai revolver tembak flying enemies, tapi tak kuat zombie yang jalan atas tanah. The Biker, macam Awie naik motor besar, badan tough, ada kayu pemukul nak hentak zombie datang tuh, tapi nk swing musuh yang terbang tak leh.
Later in the game, dapat unlock The Cooler, dia ni serang pun.. tapi dia release ice power.. leh slow down zombie sblom sampai kat defender lain. BTW, semua defender ada charge up power, dan boleh release bila penuh..untuk super pawning effect. Dan ada lagi... kita bleh customize defender ni.. nk upgrade bagi power..later in the game.


CONTRAPTION macam perangkap/ defensive mechanism la.. Benda ni kena craft dari benda yang zombie drop..Start dari pagar kayu.. sampai la kasut ikat ke rim basikal..sepak zombie bila dekat.

WEAPONS, kita yang control sendiri, bila certain time sampai.. macam last resort la...nak assist defender kita.
Ranging dari lastik ngan guli... burger nk bagi defender HP naik balik.. kanta pembesar macam bunuh semut tengah panas tu... shotgun (memang benda wajib dalam arena zombi ni) dan chain saw... terasa macam cerita Evil Dead lak..shop smart..shop s smart.

Bergantung pada environment level kita main tu, ada elemen yang boleh kita guna untuk advantage.. macam 1st level.. kat logo "Donkey King " (Nintendo® old fags should noticesomething) dalam level ni bleh digunakan bagi keldai tu, sepak barrel.. kasi guling2 jatuh sampai pintu masuk bawah.. kasi hantam sama semua zombie...muahahaha.

[PERSEMBAHAN]

Nice cartoony graphic, ada detail explanation. Cuma aku tak suka pasal interface ngan button dia cam susah ja nak cari.. cam blend in sangat ngan interface.. kalu noob memang kejap jer main game ni..pasal tak tau nak klik mana. Animation ok, ketuk berdarah mesti wajib game zombi, music pun leh tahan la.. tak la dok ulang2 pendek macam game henpon ja.



[KESIMPULAN]

Overall, game yang addictive... bleh tengok kawan kita dalam Facebook yang main.. try potong dia punya point. Game play STORY MODE, SURVIVAL MODE, ngan CHALLENGE MODE.. pilih jer rasa nka main yang mana.
Boleh di katakan agak enjoy la game ni, sesuai untuk orang cari kelainan dari game2 budak2 pompuan ja main dalam FB ni..shame on you all!


PROS:
-Progressive game play. macam2 pilihan ada nak main.
-Graphic cun
-Agak ketagih la, bila main...layan ooo
-ENERGY point? TARAK!! main jer kalu nak main..tak cam game FB lain..bodo kena tunggu energy balik

CONS:
-Interface cam haram sikit, semak..nak cari button susah, bagi aku la.
-Terasa hangin jer kalu kawan kita dlm FB dari tinggi point dari kita... hao siaw betoi!
- Ni benda sial bawah ni.. boss at the end of the stage.

[Sos Kicap Tamin:]


Tuesday, November 8, 2011

DotA 2 : Take Survey

Ok few days ago I did mention that i wanna write something about DotA 2. I got email few days ago and they asked me to answer this survey. Yep, hopefully i make it to the first batch and get the chance to play. I will definitely post some gameplay, review, or anything related to DotA 2.


Steelseries : KINZU Review

This.. is super insta-win. My old razer-krait almost died, and thank god i can replace with this new sexy looking mouse. After using this for two days, id say this is perfect for my small-palm size hand, it fits perfectly.

Kalau korang nak cari mouse yg sexy good looking (really sexy) , tangan tak besar sgt, has good DPI, and suka main FPS games, then this mouse is perfect.

Kualiti dari bold2, 3.2mp jer. Dan ade iklan lak ibu jari kaki gua-haha LOL.

Anyway, mouse ni memang sesuai untuk FPS kaki sebab ade extra button yang korang bole guna utk add micro. Aku main game HoN, LoL, and some stupid stream games, and some MMORPG.

Orc Must Die! Game Tower-Defense Cara Baru

Genre pertahanan menara (tower-defense) merupakan antara gameplay yang old-skool sejak zaman komputer berkelajuan henpon murahan sekarang (100Mhz? lulz).

Objektif yang simple, iaitu melindungi gerombolan (in english, horde?) dari memasuki rumah/istana dengan menaikan pertahanan berperingkat.

Just to keep simple, kill bad guys, earn point, buy defenses, kill bad guy again..

Before this, semua genre tower-defense adalah dari top-down view. Musuh2 akan mula dari satu tempat, dan bergerak dalam maze ke tempat kita lindungi kat tengah map.

Now, lets go 3D, with a title name Orc Must Die... atau dalam bahasa, Jembalang Mesti Mampus!
Shit.. how should I know Orc dalam bahasa.. tak ada explanation on this evil half-human zaman Hang Tuah dulu, Sang Kelembai kot?

[JALAN CERITA]

Orc Must Die berkisarkan kesah pada satu zaman, ada seorang Pendita (Sorcerer) yang tugas melindungi menara dari di masuki oleh para Orc yang tiba-tiba jer ketuk pintu beramai2 macam budak-budak nak mintak duit raya.

Wednesday, November 2, 2011

Serious Sam : Double D

Its been a while since my last post! About 10 days and i know how you feel mang. Im on my final exam weeks till 4th Nov, cant help much. Heres post about Serious Sam : Double D.

Hardcore RPGs sure tahu game ni suatu masa dulu merupakan game yang paling hit selain game Counter Strike lama dan Half-Life. Serious Sam lama menggunakan 3D sepenuhnya manakala game yg baru ni guna animasi 2D. Boleh didapati secara percuma kat Steam (I suggest u have one if you dont).

So about this game... To me? It looks real fun.. yeah.. nothing more fun than blasting monsters and the blood splat all over the screen. I miss the old days.. So now.. enjoy this video , and ill update about DotA 2 post soon. Just got email from Steam. Teeheeeheeee



Download the Demo here

Uh oh having issues to embed the videos.. click the link for now. Ill get back to that later